sudi2 lah membuat tempahan pelbagai jenis kek cawan dan kek untuk pelbagai jenis majlis, kalau sedap bagitau kawan-kawan kalau tak sedap bagitau saya...belum cuba belum tau kan...
SALAM MUHIBBAH
salam muhibbah untuk semua...
Friday, 29 April 2011
Tuesday, 26 April 2011
Donut utk makan sendiri jer...
Saja jer nak kongsi resepi :
Donut
1kg Tepung Gandum
11gm Ibu Yis (Mauripan)
2 biji Telur
2 sd. besar Marjerin
1 1/2 cawan Air
2 sd. besar Gula pasir
1 sd. kecil Garam
2 sd. kecil Serbuk Penaik
cara2:
-campur semua bahan & uli selama 30min hingga menjadi doh yang tidak melekat pada jari kemudian biarkan selama 15-30min. Tips : utk menjadikan doh cepat naik 2kali ganda saiz asal boleh jemur panas @ letak dalam plastik bungkus lauk kemudian ikat.
-canai doh tadi dan terap menggunakan acuan donat, setelah itu biarkan selama 15min sebelum menggoreng.
-goreng dalam minyak yg sederhana panas menggunakan api yg perlahan sehingga bewarna kuning keemasan.
-biar sejuk sebelum di gaul dengan gula yg telah dikisar halus atau disiram ganache. Kemudian bolehla hidang, sesuai dimakan pada bila2 masa saja...
Ganache
1 1/2 cawan Susu Pekat
1 sd. teh Esen Vanila
1/2 cawan Minyak masak
1/2 cawan Serbuk Koko
1/2 cawan Susu Cair
cara2:
-campurkan semua bahan dalam periuk, kacau sebati kemudian masak di atas api cara double boiler sehingga berkilat dalam 7-10min.
-biarkan sekejap, kacau sebelum digunakan.
-boleh tambah coklat rice/ ape2 jer yg anda suka...
Others Product
Langsir :
Terima tempahan jahitan langsir biasa sahaja (kain & renda sediri kecuali benang & tape). Harga dari RM 10.00++ (bergantung kepada langsir sekali anak langsir@tiada,pakai tape@tiada, juga jenis kain).
(sekitar Bandar Tun Razak sahaja)
langsir dengan anak/tanpa tape (RM13/keping) |
langsir tanpa anak/tanpa tape (RM10/keping) |
*Tambahan :
-tambahan RM 1.00/meter bagi langsir menggunakan tape.
-tambahan harga bagi jenis kain yg licin..Jahitan Manik
Terima tempahan jahitan manik pada leher,lengan & bahagian bawah baju kurung, kurung moden dll.
Harga bergantung pada mutu manik, jumlah manik yg diguna, masa utk siap & design manik tersebut.
(sekitar Bandar Tun Razak sahaja)bahagian lengan |
bahagian leher |
P/S : Semua tempahan perlu dihantar & diambil sendiri.
Sunday, 3 April 2011
Cup Cake - buttercream/piping jelly/ganache...
Subscribe to:
Posts (Atom)