SALAM MUHIBBAH

salam muhibbah untuk semua...

Recipes


Resepi kek, biskut & kuih muih...


Orange Cake
 
Bahan-Bahan:
230 gm Butter
Jus dari 2 biji Orange (serderhana besar)
Parutan kulit dari 2 biji Orange
4 biji telor (asingkan putih dan kuning)
2 cawan Self raising flour
1 ½ cawan caster sugar
Secubit garam

Cara:
Pukul butter dan gula hingga kembang (about 5 minut),masukan kulit orange dan kuning telor satu persatu hingga habis.
Ayakkan tepong dan garam.
Masukkan tepong kedalam adunan butter diselangselikan dengan jus orange.
Didalam mangkuk yang bersih, pukul putih telor hingga kembang.
Gaulkan putih telor yang kembang kedalam
adunan tepong perlahan-lahan hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang terlebih dahulu disapu dengan butter dan taburan tepong.
Bakar kek pada 180*c selama 40 to 45 minutes.
Sejukkan kek sebelum keluarkan dari acuan.


Kek Pisang
 
Bahan-Bahan:
3 biji telur
¾ cawan minyak
¾ cawan gula
2-3 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh tepung penaik
5 biji pisang emas dilenyek
Secubit garam

Cara:
Pukul telur dan gula sehingga kembang.
Selepas itu , masukkan minyak dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan pisang yang dilenyek tadi,soda bikarbonat,tepung penaik dan garam.
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan marjerin. Bakar dalam masa 45 minit.



Kek Pelangi

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 ½ cawan gula
5 biji telur (saiz serdahana)
2 cawan majerin
1 camca teh esen vanila
Pewarna merah, hijau

Cara:
1. Pukul gula bersama majerin hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila dan tepung naik sendiri dan gaul hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada tiga iaitu merah, hijau, adunan asal.
5. Sendukkan didalam loyang secara berselang-seli. (jangan ratakan adunan, biar adunan rata dengan sendiri)


Kek Span
 
Bahan-Bahan:
5 biji telor ayam
2 cawan tepung
½ cawan susu pekat
2 cawan gula pasir
2 cawan air
4 sudu besar majerin
1 ½ camca teh bicarbonate soda
1 sudu teh vanila

Cara:
- 2 cawan gula pasir (dimasak hingga hangus biar hitam sedikit colournya cantik bila sudah masak dimasukkan air yang dua cawan tadi sedikit hingga habis).
- Tepung diayak bersama bicarbonate soda.

1. Pukul telor hingga naik.

2. Susu dan majerin hendak dipukul
sebati.

3. Masukan telor ke dalam adunan susu
dan majerin.

4. Kemudian masukkan tepung sedikit
hingga sebati.

5. Akhir sekali masuk tepung
gandum sedikit-sedikit hingga sebati.

6. Akhir sekali masukkan vanila.

7. Dibakar selama 45 minit.



A Chocolate Moist

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
1 ¾ cawan gula castor
5 biji telur
½ sudu kecil esen vanila
¾ cawan koko
2 cawan tepung naik sendiri
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan susu coklat yg disejukkan

Topping:
¾ gula icing
¾ koko
½ cawan susu coklat
1 sudu kecil mentega

Cara: pukul mentega dan gula castor hingga kembang.masukkan telur sebiji sebiji dan esen vanila.ayak tepung naik sendiri,koko dan soda bikarbonat bersama dan kemudian masukkan ke dalam campuran tadi bersama susu coklat berselang seli.

topping:
masukkan koko,gula icing dan mentega ke dalam kuali yg dah di'double boiling'.kemudian masukkan susu coklat dah kacau.jika terlalu cair masukkan gula icing dan jika terlalu pekat tambahkan susu coklat.


Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air
½ tin susu pekat manis
1 sudu marjerin/mentega
7 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung kek
1 susu teh serbuk bikarbonat soda

Cara:
1. hanguskan gula, setelah warna keemasan, masukkan air. setelah sebati, angkat dan sejukkan.

2. Ayak tepung kek bersama serbuk bikarbonat soda. Ketepikan.

3. Gaul sebati susu pekat manis bersama marjerin. Ketepikan.

4. Pukul telur bersama esen vanila hingga sebati dan sedikit berbuih.

5. Masukkan campuran susu dan marjerin, gaul sebati. Kemudian masukkan pula gula hangus yang telah disejukkan tadi dan gaul sebati.

6. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk bikarbonat soda sedikit demi sedikit.

7. setelah sebati, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam.


Kek Coklat

Bahan-Bahan:
180 gm tepung naik sendiri
240 gm marjerin
240 gm gula castor
4 biji telur 45 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu

Cara:
Panaskan oven sehingga 180 darjah celcius.
Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
Campurkan kedua-dua adunan dan masukkan susu.
Bakar selama 40-45 minit. 


Bahulu Kampung

Bahan-Bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
setengah kg. tepung gandum
sedikit minyak.
acuan kuih bahulu atau kuih cara.

Cara: Goreng tepung sampai masak. Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali.Agar kuih jadi ringan.Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Pukul telur dan gula sampai kembang.Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedik demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.Masak sehingga selesai. 


Gulung Kurma Berkismis

Bahan-Bahan:
125 gm mentega
30 gm gula halus
1 biji telur
150 gm tepung halus
30 gm tepung kastard
20 gm tepung jagung
2 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan hiasan:
1 biji kuning telur
2 sudu teh susu segar
50 gm badam hiris Bahan-bahan inti:
100 gm kurma (buang biji dan cincang halus)
50 gm kismis (dicincang halus)
1 sudu besar perahan limau oren
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Sedikit air

Cara: Putar mentega bersama gula halus hingga ia kembang. Masukkan telur, putar ia sebentar. Masukkan tepung halus bersama tepung kastard, tepung jagung dan esen vanila. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Canai adunan 5 mm tebal. Potong doh segi empat ukuran 6 cm x 4 cm. Bubuh sedikit inti di tengahnya. Gulung ia kemas-kemas. Sapu bancuhan telur pada permukaan doh. Atur badam hiris di atasnya. Susun doh berinti di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 180C selama 30 minit. Untuk membuat inti, masak semua bahan di dalam periuk di atas api sederhana hingga ia lembut sambil dikacau selalu. Biar ia sejuk.


Tart Nenas Gulung

Bahan-Bahan:
Bahan A
1 kg tepung gandum
1 ketul buttercup
2 biji telur
2 biji kuning telur(untuk disapu)
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh esen nenas
majerin untuk melembutkan doh

Bahan B
1 biji nenas
1 ½ cawan gula
4 kuntum bunga cengkih
sehelai daun pandan

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan uli hingga lembut untuk dijadikan doh.
2. Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan.
3. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.
4. Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.
Tambahan: Di dalam doh tidak perlu di letakkan gula, kerana jem nenas sudah mempunyai rasa manis.


pizza


Bahan-bahan membuat rotinya:

200 gm tepung roti
1 sudu gula
1 sudu kecil yis
125ml air suam
sedikit garam
1 sudu butter
1 sudu susu tepung

Caranya:

1. Yis tadi dicampur ke dalam air suam dan biar seketika.
2. Semua bahan dicampur dan diuli sebati. Biarkan selama 45-60mins dan tutup dengan kain lembap.
3. Canai doh setebal 0.5cm dan cucuk dengan garfu doh tersebut.
4. Bakar pada suhu 200.C selama 12-15mins.

Topping:

2 keping dada ayam
2 ulas bwg putih
serbuk lada sulah
mayonis
sos cili dan sos tomato/tomato puree
cheese (shredded cheese atau cheddar cheese pun boleh)
mixed vegetable
black pepper
bawang kuning
nenas yang di dadu

caranya:

1. Masukkan 1 sudu minyak dalam kuali dan goreng bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan isi ayam yang dicincang.
3. Masuk garam + lada sulah.
4. Sapu pizza dengan mayonis kemudian sos cili, soso tomato. Ratakan.
5. Taburkan ayam goreng, kemudian mixed vege atau mushroom atau nenas yang didadu.
6. Taburkan cheese. Jika guna cheddar cheese, potong2 dan tabur.
7. Bakar 200.C selama 8-10mins.
8. Hidang panas2....

(Resepi di ambil dari - resepi.mesra.net & rujukan my mother)