SALAM MUHIBBAH

salam muhibbah untuk semua...

Tuesday 26 April 2011

Donut utk makan sendiri jer...

Saja jer nak kongsi resepi :



Donut

1kg               Tepung Gandum
11gm            Ibu Yis (Mauripan)
2 biji             Telur
2 sd. besar    Marjerin
1 1/2 cawan  Air
2 sd. besar    Gula pasir
1 sd. kecil     Garam
2 sd. kecil     Serbuk Penaik

cara2:
-campur semua bahan & uli selama 30min hingga menjadi doh yang tidak melekat pada jari kemudian biarkan selama 15-30min. Tips : utk menjadikan doh cepat naik 2kali ganda saiz asal boleh jemur panas @ letak dalam plastik bungkus lauk kemudian ikat.
-canai doh tadi dan terap menggunakan acuan donat, setelah itu biarkan selama 15min sebelum menggoreng.
-goreng dalam minyak yg sederhana panas menggunakan api yg perlahan sehingga bewarna kuning keemasan.
-biar sejuk sebelum di gaul dengan gula yg telah dikisar halus atau disiram ganache. Kemudian bolehla hidang, sesuai dimakan pada bila2 masa saja...


Ganache

1 1/2 cawan   Susu Pekat
1 sd. teh        Esen Vanila
1/2 cawan     Minyak masak
1/2 cawan     Serbuk Koko
1/2 cawan     Susu Cair

cara2:
-campurkan semua bahan dalam periuk, kacau sebati kemudian masak di atas api cara double boiler sehingga berkilat dalam 7-10min.
-biarkan sekejap, kacau sebelum digunakan.
-boleh tambah coklat rice/ ape2 jer yg anda suka...

Selamat mencuba...

Cup Cake

mimik muka

Ganache terkini

Others Product

Langsir : 

Terima tempahan jahitan langsir biasa sahaja (kain & renda sediri kecuali benang & tape). Harga dari RM 10.00++ (bergantung kepada langsir sekali anak langsir@tiada,pakai tape@tiada, juga jenis kain).
(sekitar Bandar Tun Razak sahaja)
 

langsir dengan anak/tanpa tape (RM13/keping)

langsir tanpa anak/tanpa tape (RM10/keping)

*Tambahan : 
-tambahan RM 1.00/meter bagi langsir menggunakan tape.
-tambahan harga bagi jenis kain yg licin..



Jahitan Manik

Terima tempahan jahitan manik pada leher,lengan & bahagian bawah baju kurung, kurung moden dll.
Harga bergantung pada mutu manik, jumlah manik yg diguna, masa utk siap & design manik tersebut.
(sekitar Bandar Tun Razak sahaja)


bahagian lengan

bahagian leher




P/S : Semua tempahan perlu dihantar & diambil sendiri.

Sunday 3 April 2011

Cup Cake - chocolate ganache

Kek Coklat - topping buttercream+chocolate rice +wafer rose

Contoh bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan...Harga RM 17.00 (lebih kurang 1/2kg)

Kek Butter Oren - topping buttercream+parutan coklat+edible image+wafer rose

Dah cuba pasti nak lagi, yummy sedapnyer...Harga RM 42.00 (lebih kurang 1kg)

Cup Cake - buttercream/piping jelly/ganache...

Promosi RM 1.00/pc saiz 'S', min 25 pcs/set.(1 perisa sahaja setiap set)

Cup cakes menjadi kegemaran bukan sahaja bagi kanak2 tetapi juga bagi org dewasa...kerana rupanya yang menarik dan rasanya yg sedap...i love cup cakes...

Cup Cake - Fondant


Buat masa ini fondant hanya dibuat dalam btk2 spt diatas dan akan di update dari masa ke semasa.